suria

Ejen hartanah terkenal... ini 5 fakta menarik tentang teman lelaki Ariana Grande

Grande dan Gomez menjalani kuarantin bersama di rumah baharu penyanyi itu.

SETELAH membintangi video muzik Stuck With U nyanyian Ariana Grande dan Justin Bieber, nama Dalton Gomez menjadi sebutan netizen.

Selepas beberapa minggu spekulasi mengenai hubungan cinta mereka timbul, Grande mengesahkan perkara itu menerusi video muzik terbarunya yang dibintangi Gomez.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande kecewa segelintir masyarakat tak ambil serius Covid-19

Ini lima fakta menarik tentang teman lelaki Ariana Grande, Dalton Gomez.

1. Gomez merupakan ejen hartanah terkenal di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Gomez bekerja untuk Aaron Kirman Group sebagai pemaju rumah mewah di Los Angeles. Dia telah bekerja dalam bidang tersebut selama lima tahun dan kini merupakan ejen pembeli tunggal.

Spekulasi hubungan cinta Grande dan Gomez disahkan Grande melalui video muzik terbarunya, Stuck With U.

2. Gomez menjalani kuarantin sepanjang krisis Covid-19 bersama Grande.

Peminat mencetuskan spekulasi Gomez meluangkan masa bersama Grande di rumah baharunya selepas kelibat seorang jejaka yang kelihatan seperti Gomez terakam dalam beberapa Instagram Story penyanyi itu sepanjang tempoh berkurung.

Penampilan Gomez dalam video muzik Grande juga membuktikan spekulasi tersebut.

3. Gomez dilihat melayan Grande dengan penuh kasih sayang dalam video muzik Stuck With U.

Dalam video muzik tersebut Grande lebih banyak meluangkan masa bersama anjing peliharaannya, Toulouse, namun pada minit ke 3.37 Gomez kelihatan tersenyum lebar sambil menari bersama Grande.

4. Gomez mempunyai ramai kenalan selebriti, termasuk Miley Cyrus.

Gomez berkongsi gambar bersama Miley Cyrus dan beberapa lagi rakan di Instagram Story pada 2017. Dia turut mengenali rakan-rakan Grande, termasuk Alfredo Flores, Scott Nicholson dan Courtney Chipolone yang juga mengikuti akaunnya di laman Instagram.

5. Gomez merupakan ejen hartanah yang menjual rumah kepada Grande.

Walaupun laporan tersebut belum dapat dipastikan, rumah baharu Grande pernah tersenarai di firma hartanah tempat Gomez bekerja.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ariana Grande

Artikel Lain