suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlanggar mesin cuci pinggan, Halsey retak pergelangan kaki

PENYANYI itu mengalami kecederaan selepas tersadung di dapur di kediamannya.

PENYANYI terkenal antarabangsa Halsey mengalami kecederaan di pergelangan kaki selepas tergelincir di lantai dapur dan tersadung di pintu mesin cuci pinggannya.

Ketika ditemubual Capital FM, Halsey, 25, berkongsi bagaimana pergelangan kakinya boleh patah gara-gara lantai dapur yang licin.

"Saya sedang memasukkan pinggan mangkuk ke dalam mesin mencuci pinggan dan ketika sedang menarik pintu mesin itu ke bawah, saya tersadung kerana lantai dapur yang masih basah.

"Saya sudah membuat 'beribu' persembahan, di mana saya banyak melompat, akhirnya pergelangan kaki saya retak di dapur," ujarnya smbil berseloroh.

Menerusi Instagram, Halsey mendedahkan bahawa dia terpaksa memakai pendakap untuk menyokong pergelangan kakinya yang tercedera.

Bagaimanapun, pendakap tersebut telah dibuka pada Selasa.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Halsey

Artikel Lain