suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Impian peminat tercapai... Blackpink, Lady Gaga sah kolaborasi dalam album baharu

lady gaga blackpink soompi

SETELAH tersebar pelbagai spekulasi, akhirnya penyanyi Lady Gaga mengesahkan kolaborasi dengan kumpulan Kpop popular, Blackpink menerusi album terbaharunya, Chromatica.

Menerusi muat naik di laman Twitter, Lady Gaga memberitahu album terbaharunya ini menampilkan 16 lagu dan turut mengundang penyanyi lain iaitu Ariana Grande, Blackpink dan Elton John.

Perkongsiannya itu turut menarik perhatian peminat apabila tertera kolaborasi bersama Blackpink dalam lagu Sour Candy.

Sebelum ini, peminat seakan-akan sudah menduga akan adanya kerjasama di antara dua penyanyi ini, namun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin itu.

Album terbaharu Lady Gaga ini sepatutnya dilancarkan pada 10 April lalu, namun terpaksa ditunda kerana penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada tarikh baharu pelancaran album berkenaan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Blackpink turut mengesahkan mengenai kolaborasi tersebut.

Blackpink, Lady Gaga

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia