suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ansel Elgort sanggup muat naik foto separuh bogel demi kumpul dana Covid-19

Ansel tunjuk tubuh demi mendapatkan dana membantu petugas barisan hadapan.

NAMA pelakon Ansel Elgort menjadi perbualan hangat netizen apabila dia memuat naik foto separuh bogel di laman Instagram.

Menurut laporan E! News, Ansel melakukan tindakan berani itu kerana mahu mengajak orang ramai menderma kepada salah satu portal kebajikan Go Fund Me.

Ia juga merupakan satu usaha yang digerakkan olehnya bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, foto seksi tersebut sudah diturunkan oleh pihak Instagram.

Menerusi tabung Brooklyn For Life!, dia giat mengutip sumbangan bagi membantu petugas barisan hadapan yang sedang berjuang berdepan Covid-19.

Dilaporkan mereka kini sudah mengumpul dana sebanyak AS$210,000 (RM918,000).

Badan kebajikan ini ditubuhkan oleh aktor Jeffrey Wright sejak 23 Mac lalu.

Ansel Elgort

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia