suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Badriah dan suami belum ada perancangan timang cahaya mata

Siti Badriah dan suaminya.

PASANGAN selebriti Siti Badriah dan suaminya iaitu Krisjiana Baharudin masih belum dikurniakan cahaya mata selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Tribunnews, Siti Badriah berkata dia dan suami tidak mempunyai perancangan untuk membuat bayi tabung uji kerana mahu terus menunggu rezeki dari Allah.

"Saya masih menunggu rezeki dan pasrah kepada Allah saja, belum ada perancangan lain. Kalau Allah bagi, alhamdulillah tapi kalau belum dibagi kita terus menunggu.

"Mengenai jantina saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan, yang penting bayi itu sihat," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lagi Syantik itu memberitahu bahawa ibu bapa dan mertuanya tidak menuntut pasangan itu mempunyai anak dengan segera.

"Tidak, ibu bapa dan mertua tidak menuntut. Mereka tahu memang saya mencuba dan telah usaha untuk mempunyai anak, tetapi itu semua Allah yang akan makbulkan," ujarnya.

Artikel Lain