suria

Kali pertama Jennie kongsi foto dengan lelaki

Jennie memberi sokong serta semangat buat rakannya, Song Mino.

AHLI kumpulan Blackpink, Jennie merupakan antara bintang Kpop terkenal selain memiliki pengikut yang ramai di laman sosialnya.

Penyanyi lagu berjudul Solo buat pertama kalinya memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki di akaun Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Wook cabar diri bawa watak hantu wanita menerusi drama Tale of Gumiho


Posting yang dimuat naik oleh Jennie dan Song Mino.

Posting tersebut dimuat naik Jennie pada Rabu yang memperlihatkan berkunjung ke sebuah galeri lukisan.

Selebriti di bawah naungan YG Entertainment itu kemudian mengucapkan tahniah kepada Song Mino. 

Jennie dikatakan memberi sokongan serta semangat khas buat rakannya, Song Mino pada pameran lukisan seninya yang pertama.

Selain itu, tiga karya seni dipertaruhkan oleh Song Mino dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran khas untuk bakat-bakat baharu 2019.

Tidak hanya itu, Song Mino juga turut memuat naik sekeping fotonya bersama-sama Jennie dengan kapsyen, terima kasih Jennie.

Pameran seni lukisan itu berlangsung sehingga 25 Disember di Pusat Seni Seongnam, Galeri 808. Soompi

Jennie, Black Pink

Artikel Lain