suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aduh isteri mengandung, suami pun ikut sekali ke?” - Baim Wong kongsi foto lucu perut buncit

Isteri hamil, Baim Wong tunjuk perut buncit.

TINDAKAN pelakon Baim Wong memuat naik sekeping foto memperlihatkan perutnya yang buncit telah mencuit hati pengikut di laman Instagram.

Dalam muat naik tersebut, Baim menggabungkan gambarnya dengan Paula Verhoeven dan meniru gaya (pose) yang sama dengan isterinya itu.

Ia secara tidak langsung mengundang gelak tawa dan komen lucu daripada peminat.

"Di like saja... tak usah komen... #36weekspregnant," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Paula mengenakan busana anggun dan gambar itu dipercayai dirakam ketika sesi fotografi kehamilan. 

Pose Baim Wong mencuit hati pengikut di Instagram.

Tidak mahu mengalah, Baim turut bergambar dengan menunjukkan perutnya yang buncit seakan sedang hamil.

Foto yang dikongsi aktor berusia 38 tahun ini menerima lebih 800,000 tanda suka dan hampir 26,000 komen.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen lucu pada foto tersebut.

"Hahaha... kelakar betul. Ini foto terbaik tahun ini.

"Aduh isteri mengandung, suami pun ikut sekali ke? perut sudah sama besar!

"Keliru siapa yang mengandung ni? Abang Baim ini memang kelakar orangnya," komen pengikut.

Baim Wong, Paula Verhoeven

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia