suria

Muat naik foto di lokasi yang sama, agensi nafi Woosung dan Lee Yoo Bi kini sedang bercinta

Agensi tampil menafikan Woosung dan Lee Yoo Bi kini sedang bercinta.

PERKONGSIAN foto di lokasi yang sama iaitu di Paris menerusi Instagram masing-masing menguatkan lagi spekulasi anggota kumpulan The Rose, Woosung dan pelakon Lee Yoo Bi kini sedang bercinta.

Bagaimanapun, wakil agensi mereka tampil menegaskan pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang didakwa segelintir peminat.

"Woosung dan Lee Yoo Bi hanya kebetulan sahaja berada di lokasi yang sama untuk menghadiri sebuah acara yang sudah diaturkan pihak syarikat.

Woosung dan Lee Yoo Bi memuat naik foto di lokasi yangs sama.

"Mereka sememangnya berkawan rapat. Mereka berjumpa di sana hanya untuk aktiviti yang sudah dijadualkan," kata wakil agensi.

Rata-rata peminat berharap Woosung dan Lee Yoo Bi menjalinkan hubungan cinta memandangkan mereka kelihatan sesuai bersama sebagai pasangan kekasih.

Sumber - Soompi

Woosung, Lee Yoo Bi

Artikel Lain