suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alicia Keys terharu dipilih sekali lagi jadi hos Anugerah Grammy

Alicia Keys menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Grammy.

PENYANYI Alicia Keys sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab di acara Anugerah Grammy sebagai hos selepas mengagumkan banyak pihak ketika memainkan peranan tersebut sebelum ini. 

Memetik laporan Mirror, penyanyi berusia 38 tahun ini berasa terharu apabila diberikan kepercayaan dan peluang untuk mengacarakan program tersebut sekali lagi.

"Sejujurnya, saya tak sangka dapat jadi hos lagi sebab saya ingatkan tahun lepas saja saya diberi peluang untuk jadi hos. 

"Bila diberi lagi peluang sekali lagi, semestinya saya tidak ragu-ragu untuk bekerjasama dengan mereka. 

Alicia tak sangka diberikan peluang lagi sekali untuk jadi hos di Anugerah Grammy.

"Lagipun, tahun lepas merupakan pengalaman terindah buat saya," katanya. 

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga buat penyanyi lagu If I Ain't Got You itu dalam memainkan peranan sebagai hos. 

Anugerah Grammy kali ke-62 bakal berlangsung pada 27 Januari depan. - Mirror

Alicia Keys

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia