Permainkan cara solat, laporan polis dibuat terhadap Youtuber Atta Halilintar - “Tuhan... aku manusia biasa yang tidak sempurna” - Bintang Global | mStar

Permainkan cara solat, laporan polis dibuat terhadap Youtuber Atta Halilintar - “Tuhan... aku manusia biasa yang tidak sempurna”

Atta didakwa mempersendakan agama Islam.

BINTANG YouTube terkenal, Atta Halilintar didakwa mempermainkan agama Islam menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh personaliti Youtuber Ridwan Swallow di laman sosial menyaksikan tatacara solat yang tidak betul. 

Ketua Jabatan Pengawas Agama KPK Provinsi Banten, Ustaz Rohimmat telah melaporkan perbuatan Atta dan pemuat naik video tersebut ke pihak berkuasa kerana telah mempersendakan agama Islam. 

"Kalau tengok dekat video Youtube, seolah-olah tatacara beribadat itu dipermainkan. 

"Ada aksi goyang-goyang, ketawa-ketawa, jawab panggilan telefon, jerit-jerit, aksi tolak menolak makmum di barisan saf, ia bukan dalam kriteria tatacara solat," katanya. 

Atta meminta pengikutnya di laman sosial mendoakannya diberikan kekuatan menghadapi cabaran. 

Atta telah memuat naik sebuah posting di Instagram pada Rabu, meminta doa daripada pengikutnya supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran. 

"Menyunting videoku untuk memburukkan namaku. Memutar belit cerita dan pengisianku untuk menaikkan ceritamu. Tuhan Aku manusia biasa yang tidak sempurna. Saya tidak pernah mengaku saya orang baik, selalu merasa saya jahat. 

"Kuatkan aku berikan aku kesihatan dan kekuatan dan juga kedua orang tuaku, keluargaku, orang-orang yang aku sayang dan semua orang-orang yang bergantung hidup denganku," tulisnya di Instagram. - KapanLagi

Atta Halilintar

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain