suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktres popular Thailand, Pearwah tunjuk bakat nyanyi lagu Tokti - “Suara bagus, sebutannya jelas sekali”

Pearwah menyanyikan lagu popular Datuk Seri Siti Nurhaliza dan memuat naik rakaman itu di Instagram.

PERCUBAAN pelakon popular Thailand, Nichaphat Chatchaipholrat atau lebih dikenali sebagai Pearwah menyanyikan lagu berbahasa Melayu menerima pujian peminat.

Menerusi laman Instagram, Pearwah memuat naik rakaman video pendek menyanyikan lagu berjudul Comel Pipi Merah nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Ini adalah hadiah kecil saya untuk anda (peminat Malaysia) sebelum kita bertemu pada 10 November depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta nama dan bergelar usahawan kosmetik pada usia muda, ketahui 8 perkara tentang pelakon cantik Thailand, Pearwah

"Ini adalah cover lagu Melayu pertama saya daripada penyanyi popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya menyatakan rasa kagum dengan usaha aktres berusia 24 tahun mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu.

Malah peminat dari Indonesia turut memuji cara Pearwah menyebut perkataan dalam lirik lagu tersebut.

"Cara kamu menyanyi sangat baik, sebutannya jelas dan sempurna. Tak sabar nak jumpa di Malaysia nanti.

"Wow tak sangka dia boleh nyanyi lagu Datuk Siti. Sedap juga suaranya. Kita jumpa 10 November ni tau!," komen peminat.

Dalam perkembangan lain, Pearwah bakal membuat kemunculan istimewa di Konsert Dimsum Thai Pop 2019 yang akan berlangsung di Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC) pada 10 November depan. 

Bagi yang belum mendapatkan tiket boleh layari www.dimsum.asia, atau halaman Facebook rasmi dimsum (Facebook/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

Pearwah, Dimsum Thai Pop 2019

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia