suria

Cipta nama dan bergelar usahawan kosmetik pada usia muda, ketahui 8 perkara tentang pelakon cantik Thailand, Pearwah

Pearwah mula aktif dalam bidang seni sejak 2014 apabila menyertai program realiti Hormones: The Next Gen musim kedua.

KEMUNCULAN pelakon Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat atau nama panggilannya Pearwah mula disedari ketika dia menyertai program realiti bersiri Hormones: The Next Gen musim kedua sebagai Kanompang pada 2014.

Pada tahun yang sama, pelakon kelahiran Thailand ini turut membintangi drama bersiri ThirTEEN Terrors dan semenjak itu dia mula aktif dalam bidang lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Berikut adalah info menarik yang mStar sediakan mengenai Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.

Pearwah akan turut serta dalam Thai Pop Music Showcase anjuran dimsum.

1. Pearwah antara selebriti terkenal Thailand yang akan bertemu peminat di Malaysia di Thai Pop Music Showcase anjuran dimsum Asia yang akan diadakan di IDCC, Shah Alam pada 10 November depan.

2. Nama sebenar Pearwah iaitu Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat, berasal dari Khon Kaen, Thailand dan kini berusia 24 tahun.

3. Pearwah merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Dia mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di Instagram.

4. Dia mempunyai ketinggian 159 sentimeter dan berat badannya 43 kilogram.

5. Pearwah mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di laman Instagram dengan menggunakan akaun bernama Nichaphatc.

6. Selain bidang lakonan, Pearwah juga aktif menjadi model jenama fesyen dan iklan di Thailand.

Selain pelakon, Pearwah juga adalah model.

7. Pearwah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kosmetik jenamanya iaitu PW BY PEARWAR yang dijual menerusi laman sosial sejak Jun 2018.

8. Antara drama lakonannya ialah Stupid Cupid The Series pada tahun 2015, Lovey Dover (2016) dan pada tahun ini dia memegang watak sebagai Wanessa (Wa) menerusi drama Bangkok Buddies: Ja Glang Murng.

Artikel Lain