suria

Foto 'selfie' jelir lidah, Goo Hye Sun didakwa hidap tekanan mental selepas bercerai

Tindakan Goo Hye Sun memuat naik foto dengan lidah terjelir menerima kecaman netizen.

TINDAKAN pelakon Goo Hye Sun memuat naik selfie dengan lidah terjelir di Instagram mengundang perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.

Sebilangan mereka mengaitkan tindakan itu dengan tekanan mental susulan perceraiannya dengan aktor Ahn Jae Hyun baru-baru ini.

Ujar netizen ia bukanlah perlakuan normal aktres itu sebelum mereka bertindak meninggalkan pelbagai komen di posting berkenaan.

Aktres ini turut dilihat begitu aktif dalam mempromosikan buku terbaharu hasil tulisannya di laman Instagram miliknya.

Pasangan ini pernah mengejutkan peminat dengan berita perceraian mereka di laman Instagram.

Goo Hue Sun dan Ahn Jae Hyun bercinta selepas bersama-sama menjayakan drama Blood pada tahun 2015.

Kedua-dua mereka mula bercinta pada April 2016 dan berkahwin sebulan kemudian.

Bagaimanapun, pasangan ini mengejutkan peminat mereka apabila masing-masing membongkar punca perceraian di laman Instagram masing-masing.

Kisah penceraian mereka bertambah hangat apabila masing-masing tampil dengan dua pendedahan berbeza di mahkamah. - Koreaboo.com

Goo Hye Sun, selfie

Artikel Lain