suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Hyung Min menangis kenang pengorbanan isteri lahirkan bayi sulung mereka

Isteri Kim Hyung Min, Lee Si Yoo selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu lalu.

ISTERI kepada pelakon Kim Hyung Min iaitu Lee Si Yoo selamat bayi sulung lelaki mereka pada Sabtu lalu.

Memetik laporan dari Soompi, Kim Hyung Min memberitahu dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila mengenangkan pengorbanan isterinya untuk melahirkan anak mereka.

"Sebelum ini, saya tak pernah membayangkan perasaan melalui momen seperti ini. Tapi selepas kelahiran bayi kami, saya menangis ketika memikirkan pengorbanan isteri.

Kim Hyung Min kongsi wajah bayi lelakinya.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan gembira untuk kami. Saya akan bekerja keras dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa, pelakon dan suami," katanya.

Perkongsian itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensinya, GH Entertainment.

Kim Hyung Min berkahwin dengan isterinya yang juga pelakon muzikal dan pengacara TV itu pada 2016.

Kim Hyung Min, Lee Si Yoo

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia