suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mina (Twice) alami masalah anxiety, jadual aktiviti hiburan terpaksa disusun semula

Mina perlu berehat dan jadualnya akan disusun semula selepas perbincangan dibuat dengan ahli kumpulan yang lain.

ANGGOTA kumpulan Twice iaitu Mina disahkan mengalami masalah kebimbangan melampau atau anxienty selepas membuat pemeriksaan di sebuah pusat pakar perubatan baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya JYP Entertainment memberitahu jadual dan aktiviti seni Mina terpaksa disusun semula mengikut keadaan kesihatan penyanyi itu.

"Selepas diperiksa, doktor sahkan Mina kini sedang berhadapan dengan masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder).

Jadual Mina akan dibincangkan bersama ahli kumpulan Twice yang lain.

"Melihat daripada situasinya, jadual dan aktiviti seni Mina terpaksa disusun semula dan keputusan akan dibuat selepas berbincang dengannya serta ahli kumpulan yang lain.

"Buat masa sekarang, segala aktiviti akan dilakukan mengikut keadaan kesihatan Mina. Kami berharap semua peminat memahami dan berharap dia akan cepat sembuh," katanya.

Pada Julai lalu, Mina mengumumkan dia terpaksa mengambil cuti panjang daripada melakukan sebarang akvititi disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Mina, TWICE

Artikel Lain