suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerap kongsi foto mesra, Chelsea Islan pilih usahawan muda sebagai kekasih?

Chelsea dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang usahawan muda.

PELAKON terkenal Indonesia, Chelsea Islan dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan berusia 26 tahun.

Lebih menguatkan dakwaan itu apabila aktres yang terkenal menerusi filem Rudy Habibie ini secara terbuka berkongsi foto serta momen bersama jejaka itu di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik, Chelsea kelihatan begitu mesra serta memeluk pinggang jejaka dikenali sebagai Rob Clinton Kardinal ketika mereka meluangkan masa bersama di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Chelsea dilihat meluangkan masa bersama kekasih baharunya itu di sebuah pusat beli-belah.

Dalam pada itu, peminatnya memberikan reaksi positif apabila meluahkan rasa gembira dan tidak kurang juga turut mendoakan pasangan itu berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Chelsea sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang juga merupakan pelakon, iaitu Daffa Wardhana selama setahun.

Hubungan mereka bagaimanapun dikatakan berakhir selepas kedua-duanya dilihat memadamkan foto bersama di laman Instagram masing-masing. - Liputan6.com

Artikel Lain