suria

Pereka fesyen bocor rahsia, Syahrini dikatakan sudah hamil... “Amin, terima kasih atas doanya”

Peminat mendokan supaya Syahrini cepat hamil. Foto Instagram @princesssyahrini

SPEKULASI dan khabar angin kononnya penyanyi Syahrini kini berbadan dua semakin hebat diperkatakan oleh peminatnya di laman sosial.

Menurut laporan Liputan6, berita itu mula menjadi perbualan hangat netizen apabila pereka fesyen Ivan Gunawan memuat naik foto Syahrini bersama kapsyen menggambarkan penyanyi itu sedang hamil.

"Selamat hari lahir ibu Syahrini, panjang umur dan sihat ibunya, sihat bayinya," tulis Ivan.

Tidak mahu terus menjadi tanda tanya, media tempatan Indonesia cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Seperti Itu ini tidak mahu terlalu berbicara mengenai hal berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya dia hanya meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan berterima kasih atas doa-doa itu.

"Amin... mohon doa, apa-apa pun amin terima kasih atas doanya," kata Syahrini.

Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.

SUMBER: Liputan6

Syahrini

Artikel Lain