suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto pertama Selena Gomez selepas jalani rawatan kemurungan

Selena kini menjalani kehidupan yang lebih baik selepas menjalani rawatan di pusat psikiatri.

PENYANYI Selena Gomez dilihat dalam keadaan gembira selepas sudah pulih daripada menerima rawatan di pusat psikiatri baru-baru ini.

Menurut laporan E News!, peminat teruja melihat foto Selena tersenyum bersama rakan-rakannya ketika meluncur dan bermain salji di Big Bear, Calif.

Foto tersebut merupakan kali pertama Selena muncul selepas menjalani rawatan kemurungan sejak September lalu.

"Dia kini dalam keadaan yang lebih baik. Selena rasa lebih segar dan tenang sahaja," kata sumber terdekat.

Penyanyi lagu Back To You ini dimasukkan ke pusat psikiatri disebabkan masalah kemurungan selepas mendapat berita bekas kekasihnya, Justin Bieber sudah berkahwin dengan model terkenal.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain