suria

T.O.P. diserang netizen dilihat bergembira makan malam bersama rakan

Gambar T.O.P. yang sedang menikmati makan malam dengan gembira menjadi sasaran netizen.

ANGGOTA kumpulan Big Bang, T.O.P. menjadi sasaran netizen apabila beberapa keping gambarnya yang sedang menikmati makan malam bersama rakan-rakannya tersebar di laman sosial.

Koreaboo melaporkan netizen berang dengannya kerana dia dilihat bergembira sambil bergelak ketawa walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

"Saya harap dia terus hidup sebagai bekas penagih dadah. Jangan muncul di televisyen lagi.

"Dia tersenyum... Tak malu ke? Saya benci melihat mukanya," antara kecaman netizen terhadapnya.

Sementara itu, peminat setia penyanyi itu tampil mempertahankan T.O.P. kerana netizen tidak sepatutnya bertindak melulu menyerangnya.

"Adakah salah dia kelihatan gembira bersama teman-temannya? Mengapa perlu didedahkan fotonya walaupun kita semua tahu ia adalah waktu privasinya," kata peminat.

Rata-rata masih berasa marah dengan T.O.P. berhubung skandal penyalahgunaan dadah tahun lalu yang memperlihatkan dia didakwa di mahkamah.

T.O.P. dijangka menyelesaikan latihan ketenteraannya tahun hadapan menjadikan dia anggota pertama Big Bang yang berbuat demikian.

Pun begitu masih belum ada sebarang perancangan daripada penyanyi itu untuk membuat kemunculan semula selepas selesai latihan tersebut.

T.O.P., Big Bang

Artikel Lain