suria

Shah Rukh Khan berasa dirinya tidak kelihatan seperti hero filem

Shah Rukh Khan bakal muncul dalam filem terbaharu, Zero.

PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya iaitu Zero yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Tinggal beberapa lagi filem itu akan ditayangkan, SRK sentiasa memastikan dia tidak terlepas mempromosikan filem tersebut.

Menurut laporan Times Of India, SRK pernah memberitahu pengarah Yash Chopra mencari pelakon lain untuk watak utama filem itu kerana dia tidak kelihatan seperti seorang hero dan tidak tahu menari.

Bagaimanapun, Yash Chopra berjaya memujuk dan memberi ilham kepada SRK untuk melakonkan watak tersebut.

Selain SRK, Zero juga dibintangi Katrina Kaif dan Anushka Sharma dan filem itu bakal ditayangkan pada Jumaat depan.

Shah Rukh Khan

Artikel Sebelum

Artikel Lain