suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muat naik status berbaur ancaman bunuh diri, polis datang ke rumah Pete Davidson

Pelawak Pete Davidson menjadi perhatian selepas memuat naik status berbaur ancaman bunuh diri di Instagram.

PIHAK polis muncul di kediaman Pete Davidson selepas pelawak program Saturday Night Live (SNL) itu memuat naik mesej berbaur ancaman membunuh diri di Instagram.

BBC melaporkan menerusi posting berkenaan Pete memberitahu dia tidak mahu lagi berada di dunia ini dan mesej itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat termasuk bekas tunangnya, penyanyi Ariana Grande.

"Saya benar-benar tidak mahu berada di dunia ini. Saya telah melakukan yang terbaik untuk terus berada di sini tetapi saya sendiri tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan.

"Apa yang saya cuba lakukan adalah menolong orang lain. Ingatlah saya sudah berpesan," tulisnya.

Pete bagaimanapun memadam akaun Instagramnya selepas memuat naik status tersebut.

Polis memberitahu Pete yang mengalami masalah kecelaruan personaliti berada dalam keadaan baik ketika pemeriksaan dibuat.

Malah Pete sempat muncul menerusi segmen pendek ketika siaran langsung program SNL Sabtu lalu.

Pete Davidson, Ariana Grande, SNL

Artikel Lain