suria

Janet Jackson kongsi foto bertemu BTS

Janet Jackson berkongsi gambar bersama kumpulan BTS di Instagram miliknya.

JANET Jackson menjadi perhatian peminat BTS apabila penyanyi terkenal itu berkongsi gambarnya bersama kumpulan kpop popular itu di Instagram miliknya.

Koreaboo melaporkan Janet turut memuat naik video bertemu kumpulan itu di dalam bilik soleknya ketika mereka sama-sama menghadiri Anugerah MAMA 2018 di Hong Kong, Jumaat lalu.

Menerusi video itu, anggota kumpulan itu dilihat teruja dapat bertemu Janet sebelum mendekati penyanyi lagenda itu untuk bersalaman dan bertanya khabar.

"Ia satu penghormatan dapat bertemu dengan ada. Kami peminat anda," kata RM mewakili rakan-rakannya.

Janet turut mengucapkan tahniah kepada BTS atas kejayaan mereka di MAMA 2018.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih satu juta tontonan di Twitter Janet manakala gambar mereka menddapat hampir 300,000 tanda suka di Instagram.

Janet Jackson, BTS

Artikel Lain