suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Onew (SHINee) tulis surat untuk peminat sebelum jalani latihan ketenteraan

Onew sudah membuat persiapan dengan memotong rambutnya untuk menjalani sesi latihan tentera.

ANGGOTA kumpulan SHINee iaitu Onew kini sudah membuat persiapan diri untuk menjalani sesi latihan tentera tidak lama lagi.

Menurut laporan Allkpop, Onew ada memuat naik surat untuk peminatnya menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi penulisan tersebut, Onew memberitahu dia akan terus menyanyi dan meminta peminat untuk mendengar lagunya jika merinduinya.

"Saya sentiasa rasa sedih dan akan terus rasa sedih. Tapi tolong anggap masa ini untuk saya membuat persediaan untuk menjadi lebih baik.

"Paling penting, kesihatan perlu diutamakan. Saa doakan semua dalam keadaan baik dan gembira. Saya akan terus menyanyi.

"Jadi, kalau ada teringatkan saya setiap masa, tolong dengar nyanyian saya. Saya akan jumpa anda selepas saya kembali. Terima kasih," katanya.

Onew, SHINee

Artikel Lain