suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh tahun sibuk bekerja, D.O. (EXO) akhirnya dapat cuti

D.O. (EXO) akhirnya dapat bercuti selepas tujuh tahun bekerja keras.

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu D.O. memberitahu dia akhirnya dapat bercuti selepas tujuh tahun bekerja tanpa henti.

D.O. berkata, sejak memulakan karier pada April 2012 dia tidak pernah berkesempatan mengambil cuti kerana terlalu sibuk dengan pelbagai projek bersama EXO dan karier solonya sebagai pelakon.

"Sepanjang tujuh tahun saya terlalu sibuk dengan pelbagai projek dan saya sentiasa cemburu melihat rakan-rakan lain dalam EXO yang pergi bercuti.

"Akhirnya saya akan bercuti selama enam hari pada Januari ini," katanya ketika muncul dalam program Star News seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, D. O. berkata, buat masa ini dia masih belum memilih lokasi percutiannya namun dia akan menggunakan cuti itu dengan sebaiknya.

D.O., EXO

Artikel Lain