suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jungkook (BTS) tersenarai 10 lelaki paling kacak 2018

Jungkook (BTS) antara 10 lelaki paling kacak 2018.

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook menjadi satu-satunya selebriti dari Asia yang tersenarai sebagai 10 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 yang dikeluarkan oleh Gazette Review.

Koreaboo melaporkan Jungkook berada di tangga kesembilan dalam senarai itu disamping selebriti terkenal lain seperti Chris Evans, George Clooney, Johnny Depp dan Chris Hemsworth.

Gazette Review memilih senarai itu bukan sahaja berdasarkan paras rupa tetapi mengambil kira beberapa aspek lain termasuk kekayaan, kejayaan dalam bidang diceburi selain tinjauan.

Majalah itu bukan sahaja memuji wajah kacak Jungkook malah menyifatkan Jungkook sebagai seorang yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian, tarian malah pandai memasak.

Itu menjadikan dia istimewa dalam kalangan peminat selain memberi tambah nilai kepada wajah kacaknya.

Jungkook, BTS

Artikel Lain