suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat teruja pipi G-Dragon semakin tembam!

Perubahan ketara fizikal G-Dragon sebelum dan selepas menyertai latihan ketenteraan.

HAMPIR setahun menyertai latihan ketenteraan, penyanyi G-Dragon jarang muncul di khalayak dan peminat sering tertanya-tanya keadaan anggota kumpulan Big Bang itu.

Bagaimanapun kerinduaan peminat terhadap penyanyi itu akhirnya terubat apabila pemilik sebuah restoran memuat naik gambarnya bersama G-Dragon ketika dia berkunjung ke restoran itu baru-baru ini.

Peminat teruja melihat perubahan fizikal G-Dragon yang kini lebih berisi berbanding sebelum dia menyertai latihan ketenteraan.

Ini kerana, sebelum ini peminat melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan penyanyi itu yang kelihatan sangat kurus ekoran terlalu sibuk dengan aktiviti seni selain mengadakan konsert.

"Gembiranya lihat pipi G-Dragon semakin 'tembam'... Dia sangat comel. I love you Oppa!," antara komen peminat di laman sosial seperti dilaporkan Koreaboo.

G-Dragon dijangka selesai menjalani latihan ketenteraan pada penghujung tahun hadapan.

G-Dragon, Big Bang

Artikel Lain