suria

Victoria Beckham dah ‘gantung’ mikrofon

Victoria Beckham memberitahu sudah tidak berminat untuk meneruskan karier nyanyian.

PENYANYI dan pereka fesyen Victoria Beckham memberitahu karier bidang nyanyian bukan lagi minatnya selain memberitahu zaman itu sudah berlalu.

Victoria memberitahu dia sudah lama menggantung mikrofon dan kenyataannya itu seakan-akan menjelaskan mengapa dia tidak menyertai konsert reunion Spice Girls yang bakal berlangsung pada musim panas tahun hadapan.

"Saya sudah lama menggantung 'mic' dan saya berasa takut apabila naik ke pentas dan ternampak mikrofon," katanya ketika memberi ucapan selepas menerima trofi Ikon Fesyen di People's Choice Awards pada Ahad lalu.

Spice Girls akan mengadakan konsert reunion di United Kingdom tidak lama lagi.

Minggu lalu, Spice Girls mengumumkan mereka akan kembali bergabung untuk konsert reunion di United Kingdom namun Victoria tidak menyertai mereka.

Spice Girls turut dianggotai oleh Mel B, Emma Bunton, Mel C dan Geri Halliwell.

Tiket konsert itu yang dijual bermula 11 November untuk sepuluh persembahan Spice Girls  habis terjual hanya dalam masa beberapa minit.

Pihak penganjur juga dijangka akan menambah tarikh baharu konsert itu di London dan Manchester. - Daily Mail

Victoria Beckham, Spice Girls

Artikel Lain