suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi spontan Taylor Swift cabut bulu mata jadi perhatian

Taylor Swift jayakan konsert di Sydney, Australia. Foto: musicfeeds

AKSI spontan penyanyi Taylor Swift mencabut bulu mata palsu yang dipakainya semasa Konsert Reputation di Sydney, Australia menarik perhatian pengguna laman sosial.

Tindakan Taylor Swift itu berikutan bulu matanya itu basah akibat terkena hujan semasa persembahan.

Mungkin kerana kurang selesa, penyanyi cantik ini dengan selamba mencabut bulu mata tersebut dan meneruskan nyanyian lagu Don't Blame Me.

Rata-rata peminat memuji tindakannya itu dan menyifatkan idola mereka itu berani menjadi diri sendiri.

"Dia sangat berani menjadi diri sendiri, ketepikan kecantikan dan enjoy hiburkan peminat.

"Bayangkan orang yang berjaya menangkap bulu mata yang dicabut itu," komen netizen di Twitter.

SUMBER: ALLURE

Taylor Swift

Artikel Lain