suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dong Hyun Bae tertekan jadi abang Taeyang (Big Bang)

Dong Hyun Bae (kanan) bersama adiknya yang juga bintang terkenal Taeyang.

PELAKON Dong Hyun Bae yang juga abang kepada anggota kumpulan Big Bang, Taeyang memberitahu adakalanya dia berasa tertekan berhadapan dengan fakta bahawa penyanyi itu adalah adiknya.

Hyun Bae memberitahu dia sentiasa perlu menjaga perilakunya kerana jika melakukan kesilapan dia sedar nama adiknya akan terpalit sama.

"Apabila ada orang bertanya sekiranya saya abang Taeyang secara automatik saya akan cuba menjaga perilaku kerana sedar setiap apa saya lakukan ada yang memerhati dan ia akan memberi kesan kepada nama adik saya.

"Taeyang sangat terkenal dan berjaya dalam kariernya manakala saya masih cuba menempatkan diri dalam bidang ini.

"Sebagai abang saya rasa bersalah Taeyang banyak berkorban dan melakukan perkara yang sepatutnya seorang abang perlu lakukan untuk keluarganya," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Dong Hyun Bae, Taeyang, Big Bang

Artikel Lain