suria

Gong Myung terlibat kemalangan kereta, agensi beri kenyataan

Gong Myung terlibat kemalangan, namun hanya mengalami kecederaan ringan. Foto: Soompi

PELAKON Gong Myung terlibat dalam kemalangan kenderaan ketika pulang dari set penggambaran drama Feel Good To Die.

Dikhabarkan aktor Kang Ji Hwan melihat sendiri kemalangan yang melibatkan kenderaan dinaiki Gong Myung.

Ketika kejadian Kang Ji Hwan juga dalam perjalanan meninggalkan pulau yang menjadi lokasi penggambaran.

Gong Myung dan beberapa orang kru menumpang kenderaan Kang Ji Hwan sebelum dibawa ke sebuah hospital di Gangnam.

Manakala, pekerja lain mendapatkan rawatan di Bucheon, Gyeonggi.

Sementara itu, agensi Gong Myung iaitu Fantagio mengeluarkan kenyataan rasmi kepada sebuah portal berita mengesahkan mengenai kemalangan itu.

"Ya, ada kemalangan dan Gong Myung telah dibawa ke hospital, dia hanya mengalami luka kecil di wajah dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Kami akan berbincang semula mengenai jadual penggambaran, tunggu sehingga lukanya sembuh," kata agensi.

SUMBER: SOOMPI

Gong Myung

Artikel Sebelum

Artikel Lain