suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita 9 Tahun Song Ji Hyo Bersama 'Running Man'

Song Ji Hyo sudah sembilan tahun bersama program popular Running Man.

PELAKON Song Ji Hyo mendedahkan sembilan tahun bersama program Running Man telah menyebabkan dia mengalami sakit lutut yang berterusan.

Menerusi temubual bersama sebuah program radio baru-baru ini, Ji Hyo berkata, kakinya mengalami kesakitan mungkin disebabkan dia banyak melakukan pelbagai aktiviti lasak yang menggunakan fizikal selain banyak berlari sepanjang tempoh itu.

"Saya mula menyertai Running Man ketika berumur 30 tahun dan sekarang saya sudah 39 tahun!

"Aktiviti fizikal yang mencabar setiap minggu nampaknya mula memberi tekanan kepada badan saya terutamanya lutut saya yang sering sakit sekarang ini," katanya.

Bagaimanapun kata Ji Hyo, itu bukan bererti dia menyesal menyertai Running Man sebaliknya menyifatkan ia pengalaman terbaik sepanjang karier seninya.

Song Ji Hyo, Running Man

Artikel Lain