suria

Cameron Diaz Bersara Daripada Dunia Lakonan

Cameron Diaz mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan.

BINTANG terkenal Hollywood, Cameron Diaz mengumumkan persaraan daripada dunia lakonan yang diceburinya sejak tahun 1994.

Entertainment Weekly melaporkan Cameron membuat pengumuman itu ketika muncul dalam temubual bersama rakan pelakon Selma Bair dan Christina Applegate bagi meraikan ulang tahun filem The Sweetest Thing baru-baru ini.

Topik itu muncul apabila Cameron memberitahu dia sepatutnya meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakan pelakon dalam filem itu memandangkan ketika ini dia banyak masa lapang.

Perkara itu turut disokong oleh Christina yang memberitahu dia kini separuh bersara kerana sibuk membersarkan anak-anaknya.

"Saya pun separuh bersara sekarang... sebenarnya saya sudah bersara! Jadi boleh kita bertemu selalu.

Cameron kini bahagia disamping suami, Benji Madden.

"Saya pun sekarang sebenarnya tidak berbuat apa-apa dan banyak masa lapang," kata Cameron.

Bagaimanapun Cameron, 46, tidak mendedahkan punca dia mengambil keputusan meninggalkan dunia glamor Hollywood.

Untuk rekod, Cameron kali terakhir muncul dalam filem Annie pada 2014 yang turut menggandingkannya dengan Jamie Foxx.

Akters itu memulakan karier lakonannya menerusi The Mask disamping Jim Carrey pada 1994 selain popular menerusi beberapa filem seperti There's Something About Mary, Charlie's Angels, Sherk dan My Sister Keeper.

Cameron berkahwin dengan anggota kumpulan Good Charlotte iaitu Benji Madeen pada 2015.

Cameron Diaz, Benji Madden

Artikel Lain