suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket Konsert One Republic Di KL Laris

One Republic bakal beraksi di Kuala Lumpur pada 25 April depan.

MESKIPUN konsert kumpulan pop rock terkenal Amerika Syarikat, One Republic hanya akan berlangsung pada 25 April depan di Stadium Negara Kuala Lumpur namun keterujaan peminat semakin terasa.

Mana tidaknya tiket kategori tempat duduk bebas yang berharga RM178 telah pun habis dijual sementara tiket tempat duduk VIP (RM668) juga semakin laris.

Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My.

Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013.

One Republic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis).

Peminat masih berpeluang untuk mendapatkan tiket menerusi beberapa kategori lain iaitu RM578 (Rock Zone), RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor), RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor) dan RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas).

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.

One Republic

Artikel Lain