suria

Chris Rock Dedah Pernah Cuba Mengurat Rihanna

Chris Rock mendedahkan dia pernah cuba mengurat penyanyi Rihanna ketika mereka bertemu di sebuah kelab dua tahun lalu.

PELAKON dan pelawak Chris Rock mendedahkan dia pernah cuba mengurat penyanyi Rihanna selepas dia bercerai dengan bekas isterinya dua tahun lalu.

Page Six melaporkan Chris, 53, berkata, dia cuba menarik perhatian penyanyi itu ketika mereka sama-sama menghadiri sebuah parti bagaimanapun memberitahu cubaannya itu tidak berjaya apabila Rihanna itu tidak mengendahkannya.

Chris mendedahkan perkara itu menerusi program berjudul Tamborine yang disiarkan di Netflix.

"Saya menegurnya dengan bertanya khabar namun dia memberikan pandangan seolah-olah dia sedang bercakap dengan salah seorang makciknya," katanya.

Chris sebelum ini pernah berkahwin dengan Malaak Compton-Rock selama 16 tahun dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Chris Rock, Rihanna

Artikel Lain