suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertidur Kerana Mabuk, Ye Hak Young Ditahan Polis

Ye Hak Young masih ditahanan polis bagi siasatan lanjut.

PELAKON dan model Ye Hak Young ditahan polis atas dakwaan memandu dibawah pengaruh alkohol pada Sabtu lalu.

Soompi melaporkan Hak Young ditemui tertidur dalam kenderaannya di jalan berhampiran pintu masuk sebuah kawasan iaitu Guryong yang terletak di daerah Gangnam.

Menerusi laporan polis juga mendapati tahap alkohol dalam badan pelakon itu dikesan sebanyak 0.067 mililiter.

Kandungan alkohol itu sudah cukup bagi membolehkan pihak polis menarik lesen memandunya.

Sehingga kini, Hak Young masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Hak Young pernah ditangkap selepas disyaki terlibat dalam jenayah penggunaan dadah termasuk ekstasi dan ketamin.

Ye Hak Young

Artikel Lain