suria

Lokasi Punca Jennifer Aniston, Justin Theroux Berpisah

Jennifer Aniston dan Justin Theroux mengumumkan perpisahan mereka pada Khamis lalu.

PERPISAHAN pasangan selebriti Jennifer Aniston dan Justin Theroux dilaporkan berpunca daripada keenggan aktres itu mengikut suaminya berpindah ke New York.

Page Six melaporkan Jennifer, 49, pernah cuba untuk tinggal di New York namun dia tidak tahan dengan tekanan selain perlu berhadapan dengan paparazi setiap hari.

Sumber terdekat pelakon itu memberitahu, Jennifer lebih gemar tinggal di Los Angeles namun Justin juga berdegil tidak mahu mengikut isterinya berpindah.

"Jennifer lebih selesa tinggal di Los Angeles kerana keluarga dan rakan-rakannya semua di sana manakala Justin pula sebaliknya yang berasa terasing kerana kehidupannya bukan di sana.

"Mereka sebenarnya banyak menghabiskan masa berasingan dan ia menyebabkan masalah menjadi lebih besar.

Peminat berharap Jennifer dan Brad Pitt kembali bersatu sebagai pasangan.

"Justin sangat fokus dengan apa dilakukannya dan Jennifer pula bukanlah seorang yang dapat bersabar. Dia tidak gembira dengan perkahwinannya," kata sumber.

Sementara itu, Jennifer menyangkal dakwaan menjadikan bekas suaminya, Brad Pitt sebagai tempat mengadu masalah berhubung rumah tangganya.

Malah ramai berharap Jennifer dan Brad akan kembali bersama sebagai suami-isteri seperti dahulu.

Jennifer pernah berkahwin dengan Brad pada 2000 namun bercerai lima tahun kemudian.

Pelakon siri Friends itu mengumumkan perpisahannya dengan Justin, 46, selepas hampir tiga tahun berkahwin menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain