suria

Kang Dong Won Tiada Perancangan Berkahwin

Kang Dong Won belum terfikir soal perkahwinan.

PELAKON Kang Dong Won memberitahu dia masih belum memikirkan soal perkahwinan buat masa sekarang.

Menerusi laporan Allkpop, Kang Dan Woo tidak ada perancangan untuk berkahwin biarpun ada setengah pihak yang bertanya soal itu.

"Saya tak pasti lagi soal perkahwinan. Saya tak terfikir pun fasal perkara itu. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

"Saya memang tak pernah rancang nak kahwin di usia muda. Ada rakan yang lebih tua bertanya dan mereka kata saya sepatutnya dah kahwin di usia ini," katanya.

Kenyataan itu dikongsi ketika temu bual bagi mempromosikan filem terbarunya, Golden Slumber di sebuah Cafe yang terletak di Gangnam.

Kang Dong Won

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain