suria

Camila Cabello Dah Tak Malu Tayang Kekasih

Camila bersama kekasih bersantai di pantai Mexico. Foto: AFP

PENYANYI Camila Cabello dilihat menghabiskan waktu bersama teman lelakinya di sebuah pantai di Mexico.

Menurut laporan E! News, kekasihnya itu dikenali dengan nama Matthew Hussey, 30, merupakan warga negara Britain.

Mereka berdua mempamerkan kebahagian kepada umum dan tanpa segan silu menunjukkan kemesraan di hadapan masyarakat.

Sumber memberitahu, penyanyi lagu Havana ini menghabiskan masa berjalan menyusuri pantai dengan berbikini hitam bersama topi matahari.

Mereka berdua bersantai sekitar kawasan pantai selama lebih kurang 40 minit. Malah, aksi mesra mereka turut menarik perhatian paparazi.

"Pasangan ini asik berpimpinan tangan dan berpelukan di tepi pantai," kata sumber yang memberitahu pasangan ini tiba di Mexico pada Khamis lalu.

Camila Cabello

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain