suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner Dedah Sudah Bersalin 1 Februari Lalu

Kylie mohon maaf kerana merahsiakan kehamilannya.

SETELAH lama berahsia mengenai kehamilan, akhirnya bintang realiti Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan seorang anak perempuan pada 1 Februari lalu.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Kylie memaklumkan mengenai berita gembira itu dan memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan kehamilan tersebut.

"Saya minta maaf kerana membiarkan anda berteka-teki selama ini. Kandungan saya adalah pilihan saya untuk tidak mendedahkannya kepada dunia," tulisnya.

Kylie umum berita gembira itu di laman Instagram.

Bagaimanapun, anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap Travis Scott ini masih belum diberikan nama.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan selebriti berusia 20 tahun ini sedang hamil namun dia memilih untuk tidak menjawab persoalan tersebut.

Kylie Jenner merupakan adik bongsu daripada adik-beradik Kardashian-Jenner yang terkenal menerusi siri Keeping up with the Kardashians bersama kakaknya Kendall, Kourtney, Kim, dan Khloé.

Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain