suria

Ellen DeGeneres Buat Kejutan, Hadiah Penonton RM3.9 Juta

Ellen memberi RM3.9 juta kepada penonton bertuah bersempena sambutan ulangtahunnya yang ke 60.

PENGACARA Ellen DeGeneres membuat kejutan apabila menghadiahkan USD1 juta (RM3.9 juta) kepada penonton di studio semasa program The Ellen Show.

Menurut Ellen, hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan kepada penyokongnya bersempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran ke-60.

"Ini sebagai hadiah untuk penyokong program One Million Acts Good. Terima kasih kepada semua yang menjadi penonton dan kami berjaya mencapai satu juta kebaikan kerana sokongan anda.

"Oleh kerana itu, saya pun ingin melakukan sesuatu yang belum pernah kami lakukan dengan memberi wang satu juta dan ia sangat banyak.

"Anda semua akan berkongsi hadiah ini dan ia pemberian terbesar pernah saya lakukan. Saya harap anda semua akan terus berkongsi perkara yang baik," katanya.

Menerusi laporan portal Just Jared, penonton yang hadir ke studio pada malam itu adalah mereka yang pernah melakukan pengorbanan antaranya seorang guru yang mendermakan ginjal kepada muridnya.

Selain itu, pasangan yang memandu 1300 kilometer bagi menyampaikan bekalan makanan semasa bencana Harvey dan seorang lelaki yang sanggup berhenti kerja untuk memulakan tempat perlindungan haiwan ternakan.

Ellen DeGeneres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut