suria

Rakaman Video G-Dragon, Jooyeon Tersebar

G-Dragon dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Jooyeon.

SEBELUM ini anggota kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita termasuk Sandara Park, Kiko Mizuhara dan Nana Komatsu.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini gosip tersebut bagaikan 'angin lalu' dan G-Dragon dalam satu temubual pernah memberitahu dia seorang lelaki yang malang dalam percintaan.

Terbaharu, Koreaboo melaporkan timbul pula pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas anggota kumpulan After School iaitu Jooyeon.

Peminat sempat membuat salinan paparan skrin rakaman video G-Dragon dan Jooyeon sebelum mereka memadamnya.

Perkara itu menjadi perhatian peminat apabila mereka memuat naik video bersama menerusi aplikasi Kwai yang memperlihatkan mereka sangat mesra.

Menyedari rakaman itu mula dihidu peminat mereka mengambil tindakan memadam video itu namun ia sudah terlambat kerana ramai sempat membuat paparan skrin video itu dan ia mula bertebaran di internet.

Menguatkan lagi spekulasi itu, peminat juga mendapati mereka berdua saling mengikuti akaun media sosial SNS masing-masing.

Dalam perkembangan sama, syarikat pengurusan Jooyeon dalam satu kenyataan menjelaskan kedua-dua selebriti popular itu sekadar teman biasa.

G-Dragon, Jooyeon, Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain