suria

Punca Kematian Kim Joo Hyuk Diketahui

Kim Joo Hyuk meninggal dunia pada 30 Oktober lalu selepas terlibat dalam kemalangan.

LAPORAN bedah siasat terhadap mendiang Kim Joo Hyuk yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Oktober lalu mengesahkan pelakon terkenal itu meninggal dunia disebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala.

The Korea Herald melaporkan pihak polis dalam kenyataan kepada media juga menolak punca kematian Joo Hyuk disebabkan serangan sakit jantung seperti dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa tetap akan meneruskan siasatan dengan lebih mendalam dan menjangkakan keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa seminggu lagi.

Ketika kejadian, kereta yang dipandu Joo Hyuk dilaporkan terbabas lalu melanggar dinding apartment di tepi jalan sebelum terbalik menuruni sebuah tangga.

Pasukan keselamatan yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan Joo Hyuk yang tersepit dalam keretanya kira-kira pukul 5.07 petang sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Konkuk.

Joo Hyuk yang popular menerusi program 2 Days 1 Night meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang dan pihak hospital dalam laporan menyatakan pelakon itu meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Sementara itu, mayat Joo Hyuk dijangka akan dikebumikan pada Khamis.

Kim Joo Hyuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain