suria

Peminat Marah Jimin (BTS) Hisap Vape

PERSAHABATAN di antara Jimin Beyond The Scene (BTS) dengan Taemin dari kumpulan SHINee yang sering diperkatakan sebelum ini tidak disenangi segelintir peminat BTS.

Menurut laporan Koreaboo, beberapa gambar yang tersebar baru-baru ini menunjukkan Taemin sedang menghisap vape sewaktu bermain snuker dengan Jimin membuat peminat BTS berang.

Menurut kumpulan peminat itu, Jimin tidak seharusnya merokok atau menghisap vape sewaktu bersama Jimin.

Ujar mereka, perbuatan Taemin itu boleh membawa pengaruh buruk kepada bintang itu.

Dalam pada itu, terdapat ada juga peminat bersikap rasional dan tidak mengambil hal itu sebagai isu besar.

Kata mereka, Jimin sudah dewasa dan berhak melakukan apa sahaja.

Namun, biarpun berbeza pendapat, peminat tetap berharap perkara itu tidak memberi kesan terhadap kesihatan Jimin.

BTS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain