suria

Peminat Bimbang Berat Badan G-Dragon Turun Mendadak

G-Dragon kehilangan berat badan secara mendadak dan ia membimbangkan peminatnya.

SUSUK tubuh G-Dragon yang kelihatan terlalu kurus membuatkan peminatnya bimbang keadaan kesihatan penyanyi kesayangan mereka itu.

Koreaboo melaporkan peminat mula perasan perubahan G-Dragon selepas rakan baiknya, Seungri memuat naik gambar mereka di Instagram.

Menerusi gambar itu, jelas kelihatan susuk tubuh dan wajahnya yang cengkung membuatkan mereka terkejut.

G-Dragon bersama rakan baiknya, Seungri.

Bagaimanapun, peminat menganggap perubahan drastik itu disebabkan kesibukannya yang kini sedang mengadakan konsert jelajah iaitu M.O.T.T.E. di seluruh dunia.

"Nasib baik konsert itu bakal berakhir dan dapatlah Oppa berehat dan menaikkan kembali berat badannya.

"Jangan jatuh sakit. Kami sayangkan Oppa!," tulis peminatnya.

G-Dragon

Artikel Berikut

Artikel Lain