suria

Bruno Mars Buat Kejutan Untuk Michelle Obama

Michelle Obama menerima sehelai jersi daripada Bruno Mars ketika menghadiri konsert penyanyi itu.

ISTERI kepada bekas presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama menerima kejutan sewaktu menghadiri konsert Bruno Mars di Washington apabila dia dihadiahkan sehelai baju oleh penyanyi itu.

Menerusi siri konsert jelajah 24K Magic yang diadakan di Capital One Arena itu, Bruno menghadiahkan jersi yang tertera tulisan 'Obama 24K' berwarna emas kepada Michelle.

Bruno turut berkongsi mengenai pertemuan dengan bekas wanita pertama Amerika itu di Instagramnya dengan memuat naik foto bersama Michelle.

Video Michelle menari lagu Uptown Funk nyanyian Bruno pernah menjadi tular sebelum ini ketika meraikan kempen Let's Move pada 2015 bersama peserta rancangan So You Think You Can Dance All Stars.

Michelle sekali lagi menunjukkan dia peminat tegar Bruno apabila mengulangi tarian itu bersama Ellen Degeneres sewaktu menjadi tetamu rancangan bual bicara kendalian Ellen.

Michelle Obama, Bruno Mars

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain