suria

Hyeri (Girl's Day), Ryu Jun Yeol Sah Bercinta

Ramai yang sudah mula menghidu kisah percintaan Hyeri dan Ryu Jun Yeol.

MENERUSI laporan portal Dispatch pada Rabu, penyanyi Hyeri dan pelakon Ryu Jun Yeol kini sedang hangat bercinta.

Malah foto pasangan ini berdua-dua di taman berjaya dirakam jurugambar bebas pada bulan Mac lalu mengesahkan lagi hubungan cinta berkenaan.

Bagaimanapun, disebabkan jadual kerja terlalu padat, mereka jarang dapat berjumpa tetapi kerap dilihat bersama di rumah Ryu Jun Yeol. 

Pada 11 Ogos lalu, Hyeri dilihat sedang berjalan ke rumah kekasihnya sebaik sahaja pulang dari Eropah. 

Pasangan ini bertemu ketika penggambaran drama Reply 1988 dan dikatakan mula menjalinkan hubungan sejak tahun lalu.

Hyeri, Ryu Jun Yeol

Artikel Lain