suria

Yong Junhyung Terima Permohanan Maaf Penulis Lirik

Pihak Yong Junhyung akan ambil tindakan terhadap penulis lirik yang menciplak melodi salah satu lagu nyanyian artis tersebut.

PENULIS lirik lagu berjudul Insomnia iaitu Bang Jin Kang memohon maaf selepas meniru melodi salah satu lagu nyanyian salah seorang ahli Highlight, Yong Junhyung. 

Menurut Bang Jin Kang, ketika sedang menulis lagu tersebut secara tidak sengaja dia menambah beberapa melodi yang seakan-akan sama. 

"Ketika saya sedang menulis lagu yang berjudul Insomnia, secara tidak sengaja mungkin saya tertambah beberapa melodi yang sama dengan lagu nyanyian Yong Junhyung. 

"Saya minta maaf kerana membuat ramai pihak tidak selesa. Saya juga ingin mohon maaf kepada penyanyi lagu tersebut iaitu Wilber Pan kerana telah memalukannya. 

"Jika terdapat kesalahan dalam hak cipta, saya akan bertanggungjawab," kata Bang Jin Kang menerusi soompi.com. 

Bang Jin Kang telah membuat permohanan maaf tersebut menerusi agensinya, Future Sound Music. 

Menurut sumber dari agensi kumpulan Highlight, Yong Junghyung telah menerima permohanan tersebut dan akan ambil tindakan terhadap Bang Jin Kang. 

"Terima kasih kerana memberitahu perkara yang sebenar dan memohon maaf. Selepas isu menciplak ini reda, kami akan mengambil tindakan untuk memastikan hak Yong Jungyung terbela," kata wakil agensi. 

Lagu Insomnia nyanyian penyanyi dari berasal dari Taiwan, Wilber Pen mula mendapat perhatian apabila lagu tersebut dikatakan meniru melodi lagu Yong Junhung. 

Yong Junhyung, Bang Jin Kang

Artikel Berikut

Artikel Lain