suria

Taeyang, Min Hyo Rin Nafi Gosip Putus Cinta

Taeyang dan Min Hyo Rin masih lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

BARU-baru ini kecoh dengan spekulasi mengenai hubungan penyanyi kumpulan Big Bang iaitu Taeyang dan pelakon Min Hyo Rin dikatakan sudah putus. 

Namun, wakil agensi memberitahu bahawa gosip tersebut tidak benar dan mereka masih lagi menjalinkan hubungan. 

"Pasangan tersebut masih lagi bercinta!" kata wakil agensi kedua-dua pihak menerusi Soompi.com pada Khamis. 

Gosip tersebut mula diperkatakan semenjak Taeyang mengeluarkan lagu terbaru yang berkaitan dengan putus cinta. 

Terdahulu, lagu nyanyian Taeyang iaitu Eyes, Nose, Lips pernah menjadi hit dan dikatakan lagu tersebut inspirasi oleh Min Hyo Ri.

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman video muzik. 

Sementara itu, Min Hyo Rin kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru bertajuk Uhm Bok Dong dan manakala Taeyang pula sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula solo.

Taeyang, Min Hyo Rin

Artikel Berikut

Artikel Lain