suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce Upah Lapan Pembantu Jaga Anaknya

PASANGAN selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z dilaporkan mengambil seramai lapan orang pengasuh untuk menjaga tiga cahaya mata mereka.

Seperti dipetik Metro, dua pengasuh ditugaskan untuk menjaga anak pertama mereka iaitu Blue Ivy, manakala enam yang lain adalah untuk menjaga anak kembar iaitu Rumi dan Carter yang kini berusia dua bulan.

"Rumi dan Sir tidak tidur pada masa yang sama, jadi Beyonce terpaksa meminta bantuan tiga pengasuh untuk menjaga anaknya pada waktu malam selama lapan jam," ujar sumber.

Selain itu, menurut sumber pasangan itu membelanjakan hampir RM500,000 setahun untuk membayar gaji penjaga anak-anaknya itu.

Beyonce melahirkan cahaya mata kembar pada Jun lalu melalui proses pembedahan.

Beyonce Khowles

Artikel Lain