suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buku Lali Jin (Lovelyz) Terseliuh Ketika Persembahan

Jin mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika menjalani sesi latihan.

SALAH seorang ahli kumpulan Lovelyz iaitu Jin dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian buku lali. 

Namun ketika mengadakan persembahan di konsert yang berjudul Always pada 29 Julai lalu, Jin tetap meneruskan tarian biarpun dalam keadaan duduk. 

Selepas selesai persembahan, Jin memberitahu dia cedera ketika menjalani sesi latihan sehari sebelum konsert diadakan.

"Saya terseliuh di bahagian buku lali ketika menjalani sesi latihan semalam. Saya masih boleh menari dan meneruskan persembahan seperti biasa. 

"Tidak terlalu sakit tapi saya mampu berdiri di atas pentas hari ini hanya kerana sokongan peminat. Saya minta maaf tak melakukan yang terbaik. 

"Saya akan menjaga diri lebih baik supaya boleh meneruskan aktiviti nyanyian dan tarian seterusnya," kata Jin menerusi laporan Soompi.com.

Jin, Lovelyz

Artikel Lain